01 October 2012

two years nothing??

perghh.. sungguh lama... lama bak pokok palma yg tua, aku x jengah blog aku.. terasa sangat ketinggalan zaman.. banyak perkara telah berlaku dalam tempoh 2 tahun ni.. banyak yang telah berjaya terlaksana, bnyak juga yg telah gagal tercapai.. tp masih boleh diusahakan lagi.. ceritalah satu per satu nanti...

08 September 2010

alone again but still green...



sekali lagi mendapat dugaan Allah,
xde yang lebih rimas,
melainkan bertikam lidah,
harap tidak timbul lagi perubahan negatif,
namun dugaan itu,
terlalu sedikit
berbanding org lain....

langkah perlu diteruskan..
insyaalah...

07 September 2010

meriam buluh




"boom"....
"hahha"
syoknye men meriam buluh ramai2...
6 budak sedang main meriam
sambil gelak x ingat dunia,
di bulan puasa yang mulia,
bukan malam tp siang..
bukan dalam hutan tapi tepi jalan...
meriam dihala ke jalan..

tiba2
sebiji radio car nak lalu di tepi jalan..
semua agak risau tp berlagak tenang,
buat2 menyembang,
buat2 nyurukan meriam,
supaya drivernya x perasan,
"shhh... diam-diam, polis lalu.."sorang bersuara



ikutkan..
memang polis x perasan,
bila radio car betul2 lalu di hadapan budak2 tu,
semua wat2 dek jer,

"kaboo0o0o0o0o0mmmmmm"
siot..
saper plak yang siot meriam tu..
sorg daripada budak tu menyiot meriam,
betul2 polis kat depan,
polis menoleh sambil mengetap bibir..
panas hati ditembak oleh budak2..
polis brek emergency sebabkan geram,

"bodo...kamu nie x de akal ker.."
kawannye marah budak tu yang menyiot meriam..
sorang lagi kawan budak tu pon berkata dengan rilek..
"tgok, radio car tu patah balik.."
"mgkin nak tangkap kita kot.."
riak mukanye masih tenang duduk di atas seat moto....

salah sorg lagi kawan nye
berkata tenang jugak..
"1,2,


3...cabo0o0ooo0o0ottt...."
dia menjerit..
semua lintang pukang start motor..
pastu cabut lariiii....
tapi semua budak2 tu masih terkekeh2 ketawa..
walaopun kena kejar polis..

dan..
waktu lari..
budak yang menyiot meriam tu..
hanya tersenyummm...
dan ketika blog ini ditulis..
budak ni masih tersenyum jugak..
hanya mengenang kisah lalu...

monyet...



suatu hari di hari puasa,
rutin kerja,
singgah ke Taman Paya Bakau,
memantau apa yang patut...

terpandang sesuatu,
tulisan contengan,
di wakaf besi projek aku suatu ketika dulu...
mungkin hasil seni oleh artis jalanan,
yang tidak sayangkan harta kerajaan,

tulisan yang kecil dan senget benget,
tetapi masih boleh dibaca,
tertera..
" sapa conteng kat sini dia bodoh"...

aku yang tadi terhenti,
melangkah keluar jauh dari situ,
dan sedikit tertawa dalam hati....

sayu.


tiada apa yang lebih sayu,
bila menatap wajah seorang isteri,
yang sedang lena....

dari riak wajahnya,
mahu banyak bercerita,
tp lebih selesa berahsia,
mgkin hanya untuk hari ini....

06 September 2010

soalan membunuh...



pernah aku bertanya satu soalan pada cikgu aku,
waktu tu sebelum periksa akhir tahun darjah 3,
"cikgu..kenapa kita kena susah2 belajar.
pagi dah blajar siap ada homework gi"

cikgu agak tergezut dengan soalan tu,
tp kembali tenang..
dia tanya aku balik..

"cita2 kamu nak jadi apa"

"jd doktor."aku jawab rilek

"emm... kalo kamu nak jadi doktor
kamu kena jauh lebih pandai dari cikgu.."

cikgu tinggalkan aku terngiang2..

aku pun sandangkan beg
yang sama tinggi dengan aku..
lalu pulang di tengahari yang panas..
sambil menetapkan nekad...

panasoniC inverter


kehendak manusia seperti manusia...
aku pun sama.
seorg manusia,
sangat mempunyai nafsu..
itu ini itu ini,
semua dalam otak,
semua nak,

hanya dua yang menggagalkan kehendak,
1. kemampuan
2. berfikir lebih tinggi dari nafsu..

jangan membiarkan nafsu lebih tinggi dari akal..
tapi aku nak beli ekon..
bini aku selalu ngadu panas..
:(